Hukum Memakai Serban

Berikut adalah sedikit penerangan ringkas terhadap persoalan pemakaian serban atau tutup kepala bagi Lelaki, Adakah ianya satu Sunnah yg Muttaba’ah (diikuti ) atau hanya berkedudukan Mubah(harus) sahaja.
Ataupun pada istilah sebahagian orang , Sunnah yg Syar’ie atau Sunnah yg tidak Syarie?.

Secara ringkasnya boleh lah dijawab, bahawa keseluruhan af a’l ( perbuatan ) Nabi saw terbahagi kepada 7 kategori. Sebagai mana yg dibahaskan dalam Ilmu Usul Fiqh .

1) Perbuatan yg merupakan Haajisus Nafsi dan gerakan kemaknusian , seperti gerak kerja anggota ,gerakan
tubuh (misalnya degupan jantung Rasulullah saw). Bahagian ini tidaklah termasuk dalam perkara “perintah mengikut” dan tidak termasuk dalam perkara larangan “menyalahinya”(tidak ikut) dan tiada dalam kategori ini uswah(contoh ikutan),tapi perkara-perkara yg ada dalam kategori ini memahamkan dan memberi faedah “Keharusan”.

2)Perbuatan yg tidak bergantung dengan Ibadat dan nyata padanya adalah perkara Jiblah atau tabiat,
seperti berdiri, duduk makan ,minum dan seumpamanya. Maka tiadalah pada perkara ini contoh dan tiada juga padanya ikutan . Tetapi disisi Jumhur ulamak perkara sebegini adalah menunjjukkan “Keharusan”.

3) Perbuatan yg diihtimalkan keluar dari kategori Jiblah masuk kedalam Ta’rifan “Tasyri'” (pensyari’atan) dengan sebab “Muwazabah”Nya Nabi saw terhadap sesuatu perbuatan yg dalam kategori kedua tadi, atas wajah (tatacara) yg maklum ,atau satu-satu  cara yang khusus misalnya makan, minum, pakaian ,tidur.

Maka kategori ini adalah darjatnya rendah daripada kategori Al Qurbah ( yakni semata-mata diri sesuatu perbuatan tersebut adalah dikatakan Ibadat misalnya perbuatan baca Quran dan Sembahyang dan lain-lain.) dan lebih tinggi dari kategori perkara –perkara perbuatan yg nyata terbitnya daripada “Al Jiblah”
semata-mata sebagaimana yg berada dalam tahap kedua.

Pada kategori ini Terdapat dua Qaul yg dinaqalkan daripada Imam Syafie ra, anhu dan mereka yg sependapat dengan beliau tanpa tarjih.

Pertama: Kembali (dimasukkan)kedalam kategori asalnya yaitu “Ghairu Tasyri'” .

Kedua: Dirujukkan kepada kategori yg zohir yaitu  “Tasyri'”.

As Syaukani berkata ” Yg Rajih (muktamad) adalah qaul yg kedua”. Al Ustaz Abu Ishak (seorang pakar usul fiqh) telah menghikayatkan daripada kebanyakan Muhaddisin adalah perbuatan tersebut hukumnya “Mandub”yaitu sunat (jika diikuti/dibuat).

Sudah tentulah pentarjihan ini didasarkan salah satunya kerana terdapat perbezaan diantara Kategori
perbuatan yg kedua dan ketiga. Yang mana perbezaan yg jelas dgn adanya “Muwazabah” Nabi saw.

Oleh yang demikian , perhatikankanlah sebaik-baik pemerhatian.

Adakah “Perbuatan” Nabi sw memakai serban dan menutup kepala termasuk dalam kategori pertama , kedua atau ketiga?

Kalau dikatakan termasuk dalam jumlah yg pertama , maka jelaslah tak munasabahnya.Sebab pakai serban bukannya tabiat gerakan badan. Kalau dikatakan yg kedua , maka barangkali juga ada munasabah disatu sudut. Yaitu “Asal perbuatan” sebagaimana qaul yg pertama Imam Syafie.Tapi mesti diingat kedua -dua qaul tersebut hanyalah dinaqalkan sahaja dari Imam Syafie tanpa Tarjih. Setelah ditarjih nyatalah Ianya termasuk dalam Kategori ketiga iaitu:

“Sesuatu perbuatan atau Sunnah yg di tasyri’kan”.

Dari itu , bilamana kita memahami keadaan ini , adalah Serban yg merupakan Suatu pemakaian yg menjadi “Muwazabah” pada Nabi saw , yg sabit dalam hadis-hadis yang Sahih dan Hasan yg mengisahkan Nabi saw telah memakainya atas keadaan yg menjadi Muwazabah Baginda saw , samada ketika Musafir atau hadar diMadinah yg mana boleh kita jumpai dalam mana-mana Kitab Hadis Muktabar termasuk Bukhari. Sekalipun misalnya mungkin dikatakan oleh mereka yg menolak pensyaria’tan Serban sebagai “Sunat” hanya semata-mata kerana ketiadaan hadis yg sahih yg menunjjuk oleh madlul hadis tersebut kepada suatu tuntutan Sunat atau Wajib,atau hanya kerana ianya adalah suatu kebetulan adat arab, atau adat kemanusiaan, Maka berdasarkan Tarjih yg muktamad yg telah dibincangkan dalam Ilmu Usul Fikah :

“SERBAN adalah “SUNAT”dan Sunnah yang Masyru’. Bukan mengada-ngadakan hukum dan bid’ah atau Harus”. Lantaran itu boleh dijumpai, dimana-mana kitab Usul Fiqah satu Qoedah yg berbunyi:

” Mudawamatu Nabiyyi Saw, tufiidu Afdholiyah”.

Ertinya : Berkekalan Nabi saw mengerjakan sesuatu perkara itu memahamkan keafdholanNya.

( yg sudah tentu dimaksudkan dgnnya Sunat/ mandub/ dan sebagainya drp istilah yg semakna sunat. ) Sebagai catitan, Muwazabah dan mudawamah mempunyai satu makna .  Yaitu Mengekalli sesuatu amalan dengan sekali-sekala ditinggalkan.

Tak perlulah rasa nak diperpanjangkan sehingga habis ketujuh kategori Af ‘al nabi saw untuk kita terangkan , sebab yg selebihnya memang dah maklum . Dan tak masuk dalam bahas kita yg dah berjela-jela ini. Dan bukan pula punca nya.  Sesiapa yg ingin mendalamkan pengetahuan berkenaan perkara ini , bolehlah merujuk :

(1)Irsyadul Fuhul .. AS Syaukani, ms 35,
(2)Syarah Kabir ala Waraqat ms 221, Tahkik Said Abd Aziz. atau lain-lain ..

Riwayat Penulis:

Abd. Raof Bin Haji Nurin al Bahanji al Aliyy.

Jalan Padang Ragut, Tampin NSDK.

Malaysia.

One comment on “Hukum Memakai Serban

  1. Ass ww. Terima kasih atas artikelnya. Dalam hal ini, pakai peci hitam atau peci putih (kopyah haji) apa juga bisa sebagai pengganti serban,mengingat fungsi serban (sorban) adalah sebagai penutup kepalka)? Kalau memakai sal (atau serban) yang hanya dikalungkanm di leher bagaimana hyukumnya? syukron. Was

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s